Jumat, 19 Desember 2008

Hamid al-Amidi adalah seorang tokoh seni kha

Hamid al-Amidi adalah seorang tokoh seni khat yang terkenal dengan karya-karyanya yang cantik dan mempunyai susunan yang sempurna. Beliau merupakan guru kepada seorang lagi tokoh seni khat yang hebat dan masyhur iaitu Muhammad Hasyim al-Baghdadi. Hamid al-Amidi dilahirkan pada tahun 1309H/1891M di bandar Diyar Bikr, terletak di Anadul yang dahulunya dikenali sebagai Amid. Itulah antara sebab beliau menisbahkan namanya dengan Hamid al-Amidi. Nama sebenar beliau ialah al-Syaikh Musa Azmi.

Hamid al-Amidi telah menguasai seni khat semenjak zaman remaja lagi ketika belajar di bandar kelahirannya di Amid. Seterusnya apabila berhijrah ke Istanbul, beliau mendalami lagi kemahiran seni khat terutama khat nasakh dan thuluth dengan gurunya iaitu Al-Haj Nazif Bik dan berterusan mengabdikan diri dalam bidang seni ini sehingga umurnya hampir 70 tahun. Kekuatan seni khatnya terserlah dengan kemampuannya menyusun dan mereka cipta dengan mata pena yang begitu unik dan mempersonakan.

Hamid al-Amidi meninggal dunia pada tahun 1982 Masihi. Beliau merupakan khattat terakhir dari kalangan penulis-penulis khat terkenal di Istanbul Turki.

Tidak ada komentar: